Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Pengalaman Membaca Buku Kreatif

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menghidupkan blog ini lagi.. Entri pada kali ini ialah "pengalaman membaca buku kreatif" Seperti biasa, kalau ayat pengalaman ni sudah semestinya yang berkaitan dengan menceritakan. Oleh itu, saya ingin menceritakan pengalaman saya membaca buku kreatif. Buku ini telah saya perolehi pada hari Rabu, yang bertajuk Kumpulan Puisi Mimpi Di Patagonia. Setelah selesai kelas Penglahiran Bakat Kreatif. Saya pun telah membuat keputusan untuk terus membaca buku kreatif setelah selesai habis kuliah saya pada hari tersebut, disebabkan atas faktor minat yang terlalu mendalam dalam bidang membaca. Sepanjang proses membaca itu, salah satu puisi dari Lim Swee Tan telah menarik perhatian saya, dan mencuit hati saya sekaligus telah membuka minda saya. Puisi tersebut bertajuk "memilih jalan". Beliau ingin memberitahu walaupun sudah ada kamus untuk memberitahu makna dengan lebih jelas, walaupun sudah wujudnya peta untuk ...

Pengalaman Pengembaraan

Alhamdulillah, dapat kita bertemu lagi, untuk entri kali ni, saya mahu menceritakan pengalaman pengembaraan saya ke Gua Tempurung, Perak. "Moh Kita Ke Perak". Pada tahun 2017, saya dan rakan-rakan saya telah pergi rombongan kembara ke negeri Perak, Gua Tempurung. Kami bertolak dari Melaka pada pukul 8 malam, kami pergi dengan menaiki bas. Gua Tempurung merupakan gua yang terbesar di negeri Perak, gua ini berusia lebih 400 juta tahun. Gua ini telah menawarkan sebanyak 4 jenis peringkat yang boleh dipilih oleh para pengunjung. Untuk trek 1 dan 2 dipanggil sebagai "dry tour" trek ini kurang mencabar, untuk trek 3 dan 4 dipanggil sebagai "wet tour" trek ini merupakan trek yang agak mencabar. Sebelum meneroka Gua Tempurung, kami disuruh untuk mendengar taklimat daripada "tour guide" mengenai isu-isu keselamatan semasa di dalam perjalanan di dalam gua nanti. Suasana di dalam gua agak gelap, diterangi oleh lampu suluh kepala yang dibekalkan oleh p...