Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Makanan Tradisional

Hai assalamualaikum, malam ini saya mahu menulis entri makanan tradisional, dan ini merupakan entri saya yang kelima...alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan bantuanNya dapat saya meneruskan entri-entri ini. Baiklah, seperti yang diketahui, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum, seperti Melayu, Cina, India dan kaum-kaum minoriti yang lain. Setiap kaum ini bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, maka tidak hairanlah munculnya pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu, makanan yang terkenal ialah nasi lemak. Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu, ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa,bawang merah,halia dan daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai makanan kebangsaan yang boleh dihidangkan di...

Pengalaman mengambil peperikasaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Bismillah, assalamulaikum.... Agak lama saya tidak update blog ini. Dunia sekarang digemparkan dengan isu Convid-19, oleh itu semua pelajar diarahkan supaya pulang ke rumah masing-masing, makanya susah untuk mendapatkan talian internet. Untuk entri kali ini saya hendak berkongsi kenapa saya memilih STAM, kenapa bukan matriks,diploma,asasi atau STPM? Baiklah, pertama sekali... STAM adalah terdiri daripada Sijil Tinggi Agama Malaysia, dan sijil ini merupakan  sijil agama yang   paling laku di Malaysia.  Sijil ini merupakan tiket pelajar Malaysia untuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Kebiasaannya calon STAM ini hanya sekitar 8000 di Malaysia, makanya saingan untuk pergi ke negara Mesir tidak terlalu tinggi. Namun, sekiranya pelajar ridak mahu atau tidak berkemampuan untuk pergi ke negara Mesir, mereka masih mampu untuk menyambung pengajian dalam negara kerana sijilnya diiktiraf. STAM juga merupakan "jalan pantas" untuk mengambil degree. Tempohnya hanyalah 9 bulan ...