Pengalaman Membaca Buku Kreatif

Alhamdulillah, syukur pada Ilahi kerana diberi kesempatan untuk menghidupkan blog ini lagi..
Entri pada kali ini ialah "pengalaman membaca buku kreatif"

Seperti biasa, kalau ayat pengalaman ni sudah semestinya yang berkaitan dengan menceritakan. Oleh itu, saya ingin menceritakan pengalaman saya membaca buku kreatif. Buku ini telah saya perolehi pada hari Rabu, yang bertajuk Kumpulan Puisi Mimpi Di Patagonia. Setelah selesai kelas Penglahiran Bakat Kreatif. Saya pun telah membuat keputusan untuk terus membaca buku kreatif setelah selesai habis kuliah saya pada hari tersebut, disebabkan atas faktor minat yang terlalu mendalam dalam bidang membaca. Sepanjang proses membaca itu, salah satu puisi dari Lim Swee Tan telah menarik perhatian saya, dan mencuit hati saya sekaligus telah membuka minda saya. Puisi tersebut bertajuk "memilih jalan". Beliau ingin memberitahu walaupun sudah ada kamus untuk memberitahu makna dengan lebih jelas, walaupun sudah wujudnya peta untuk memastikan perjalanan arah kita lebih jelas, walaupun adanya kitab yang membantu kita dalam menulusuri setiap perjalanan kita, namun manusia masih memilih jalan yang salah, manusia masih membuat keputusan arah yang bercanggah dari apa yang telah diberikan pada mereka.

Bait-bait perkataan beliau telah memberi kesan yang dalam pada saya. Oleh itu, saya berharap sedikit sebanyak penulisan saya ini juga dapat memberi kesan kepada pembaca. Sekian sahaja dari saya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Idola

Anak Muda

Makanan Tradisional