Pengalaman Pengembaraan
Alhamdulillah, dapat kita bertemu lagi, untuk entri kali ni, saya mahu menceritakan pengalaman pengembaraan saya ke Gua Tempurung, Perak. "Moh Kita Ke Perak".
Pada tahun 2017, saya dan rakan-rakan saya telah pergi rombongan kembara ke negeri Perak, Gua Tempurung. Kami bertolak dari Melaka pada pukul 8 malam, kami pergi dengan menaiki bas.
Gua Tempurung merupakan gua yang terbesar di negeri Perak, gua ini berusia lebih 400 juta tahun.
Gua ini telah menawarkan sebanyak 4 jenis peringkat yang boleh dipilih oleh para pengunjung. Untuk trek 1 dan 2 dipanggil sebagai "dry tour" trek ini kurang mencabar, untuk trek 3 dan 4 dipanggil sebagai "wet tour" trek ini merupakan trek yang agak mencabar. Sebelum meneroka Gua Tempurung, kami disuruh untuk mendengar taklimat daripada "tour guide" mengenai isu-isu keselamatan semasa di dalam perjalanan di dalam gua nanti.
Suasana di dalam gua agak gelap, diterangi oleh lampu suluh kepala yang dibekalkan oleh pihak atasan sebelum memasuki pintu gua tersebut. Di dalam gua ini, pelbagai bentuk formasi batu yang dapat dilihat seperti batu yang menyerupai badan manusia,tangan manusia, ikan lumba-lumba, ibu mengandung,gajah dan banyak lagi. Semasa dalam perjalanan, kami mengharungi lebih kurang dalam 300 lebih anak tangga untuk sampai ke platform yang ketiga. Penerokaan kami menjadi lebih menarik dan lebih mencabar apabila kami mula menyusuri anak sungai, merangkak, menggelungsur, menyusup di dalam lubang- lubang yang kecil untuk tiba ke hujung platform.
Pengalaman ini sungguh seronok, saya amat gembira sepanjang meneroka Gua Tempurung, bukan sahaja seronok malah dapat menambahkan pengetahuan mengenai sejarah Negeri Perak. Sampai sini sahaja cerita dari saya, assalamualaikum.

Ulasan
Catat Ulasan