Catatan

Makanan Tradisional

Hai assalamualaikum, malam ini saya mahu menulis entri makanan tradisional, dan ini merupakan entri saya yang kelima...alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan bantuanNya dapat saya meneruskan entri-entri ini. Baiklah, seperti yang diketahui, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum, seperti Melayu, Cina, India dan kaum-kaum minoriti yang lain. Setiap kaum ini bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, maka tidak hairanlah munculnya pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu, makanan yang terkenal ialah nasi lemak. Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu, ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa,bawang merah,halia dan daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai makanan kebangsaan yang boleh dihidangkan di

Pengalaman mengambil peperikasaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Bismillah, assalamulaikum.... Agak lama saya tidak update blog ini. Dunia sekarang digemparkan dengan isu Convid-19, oleh itu semua pelajar diarahkan supaya pulang ke rumah masing-masing, makanya susah untuk mendapatkan talian internet. Untuk entri kali ini saya hendak berkongsi kenapa saya memilih STAM, kenapa bukan matriks,diploma,asasi atau STPM? Baiklah, pertama sekali... STAM adalah terdiri daripada Sijil Tinggi Agama Malaysia, dan sijil ini merupakan  sijil agama yang   paling laku di Malaysia.  Sijil ini merupakan tiket pelajar Malaysia untuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Kebiasaannya calon STAM ini hanya sekitar 8000 di Malaysia, makanya saingan untuk pergi ke negara Mesir tidak terlalu tinggi. Namun, sekiranya pelajar ridak mahu atau tidak berkemampuan untuk pergi ke negara Mesir, mereka masih mampu untuk menyambung pengajian dalam negara kerana sijilnya diiktiraf. STAM juga merupakan "jalan pantas" untuk mengambil degree. Tempohnya hanyalah 9 bulan saha

Hiburan Masa Kini

Secara umumnya, definisi hiburan masa kini merangkumi skop yang luas, dalam menelusuri arus globalisasi, pelbagai jenis hiburan yang telah dicipta. Jika zaman dahulu, hiburan mereka lebih fokus kepada selebriti bidang lakonan dan nyanyian namun pada zaman sekarang, situasi tersebut telah berubah. Misalnya para atlet sukan sendiri telah dijolok dengan jolokan selebriti sukan. Ini menunjukkan bahawa semua yang mempunya pengaruh kepada masyarakat diangkat menjadi idola. Namun masyarakat lebih cenderung  kepada hiburan yang fokus kepada alunan suara.  Oleh itu, tujuan saya menulis ini adalah untuk mengupas dengan lebih terperinci yang berlandaskan dengan agama. Umum mengetahui, sebagai saudara islam, sudah pasti mengetahui bahawa agama islam itu mempunyai garis-garis panduan yang tertentu agar dapat dipraktikkan. Maka sudah semestinya agama islam turut meletakkan garis panduan dalam dunia hiburan. Asasnya hiburan itu dibolehkan selagi mana ianya tidak menyebabkan kelalaian daripada mela

Kritikan Drama Atau Filem

Beberapa tahun yang lepas, Malaysia digemburkan dengan sebuah cerita islamik yang bertajuk Nur Kasih yang dibintangi oleh dua gabungan pelakon yang hebat, Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Drama ini telah mendapat sambutan yang tinggi dari netizen-netizen dan digemburkan lagi dengan berita bahawa filem Nur Kasih telah memecah panggung dengan jumlah harga yang berjaya dipungut sebanyak RM 4,93 juta. Namun demikian, terdapat beberapa kekurangan di dalam drama tersebut, jalan cerita drama ini terlihat seperti terburu-buru dan kurang kreatif dalam isi dakwah yang disampaikan. Penulisan skrip yang berkaitan dakwah agak kurang padu . Drama ini merupakan drama yang tidak mempunyai elemen-elemen percintaan yang mengkhayalkan ,drama ini menonjolkan cinta yang disertakan dengan keislaman. Namun, ianya hanya tertumpu pada gaya kehidupan orang Melayu Islam daripada menonjolkan ciri islam itu sendiri. Ini membuatkan drama-drama islamik kosong kerana mengambil mudah pada mesej yang perlu disampaikan. S

Idola

Saya yakin, setiap daripada kamu mesti mempunyai seorang yang boleh kamu jadikan sebagai seorang idola kamu. Begitu juga dengan saya, idola saya ialah Mohamad Fadzillah Kamsah. Saya memilih beliau sebagai idola kerana kata-katanya yang selalu memberi perangsang kepada segala kebuntuan saya. Oleh itu, in sha Allah, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai peribadi menarik beliau. Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah merupakan seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau lahir pada 16 Julai tahun 1951, di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor. Pada tahun 1971, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan pada tahun 1993, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga. Pakar motivasi ini memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan daripada kelulusan Universiti Wiscons

Anak Muda

Entri kali ini, adalah nasihat untuk anak muda di luar sana. " Don't judge a book by it's cover" kata pepatah ini sering didengari dan diguna pakai oleh semua orang. Namun fahamkah kamu pada penggunaan ayat tersebut? fahamkah makna sebenar yang ingin disampaikan? Sebagai manusia, janganlah kita terlalu mudah untuk meletakkan atau label atau menghakimi seseorang itu hanya berdasarkan luaran sahaja. Bagi para pelajar,janganlah mudah untuk menilai kawan hanya melalui perwatakan ataupun luaran diri mereka sahaja. Kita tidak tahu masalah apa yang sedang dihadapi oleh mereka dan bagaimana persekitaran diri mereka. Ingatlah bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan diri. Janganlah kamu terlalu bangga dengan kejayaan diri sendiri dan janganlah pula suka memperlekehkan orang yang sentiasa berada di bawah kamu, hal ini kerana, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas sahaja, kerana kehidupan ini ibarat sebuah roda. Maka penyelesaiannya ial

Hari Keluarga

Assalamualaikum..... Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada hari ini saya akan bercerita sedikit mengenai pengalaman saya mengenai Hari Keluarga. Alhamdulillah, dengan izinNya, Hari Keluarga Haji Baginda dapat diadakan buat kali petama. Program ini telah melibatkan seramai 7 keturunan, yang berjumlah anggaran seramai seribu orang. Hari Keluarga ini telah selamat berlangsung  pada 2012. Untuk program buat pertama kali ini, kami telah berhimpun di padang Sekolah Haji Baginda,Umbai, di mana sekolah ini merupakan tempat sejarah bagi ahli keturunan Haji Baginda. Syukur, walaupun untuk pertama kali, namun segalanya berjalan dengan selamat, teratur dan berlangsung dengan penuh meriah dalam sekaligus dapat membina tali silaturrahim yang indah. Kami telah dikehendaki untuk berada di padang Sekolah Kebangsaan Haji Baginda pada pukul 8 pagi, pada hari Sabtu. Perjalanan kami hanya mengambil beberapa minit sahaja memandangkan rumah kami berdekatan sahaja. Bagi ahli-ahli keluarga yang jauh, se