Hiburan Masa Kini
Secara umumnya, definisi hiburan masa kini merangkumi skop yang luas, dalam menelusuri arus globalisasi, pelbagai jenis hiburan yang telah dicipta. Jika zaman dahulu, hiburan mereka lebih fokus kepada selebriti bidang lakonan dan nyanyian namun pada zaman sekarang, situasi tersebut telah berubah. Misalnya para atlet sukan sendiri telah dijolok dengan jolokan selebriti sukan. Ini menunjukkan bahawa semua yang mempunya pengaruh kepada masyarakat diangkat menjadi idola. Namun masyarakat lebih cenderung kepada hiburan yang fokus kepada alunan suara. Oleh itu, tujuan saya menulis ini adalah untuk mengupas dengan lebih terperinci yang berlandaskan dengan agama. Umum mengetahui, sebagai saudara islam, sudah pasti mengetahui bahawa agama islam itu mempunyai garis-garis panduan yang tertentu agar dapat dipraktikkan. Maka sudah semestinya agama islam turut meletakkan garis panduan dalam dunia hiburan. Asasnya hiburan itu dibolehkan selagi mana ianya tidak menyebabkan kelalaian dari...