Makanan Tradisional

Hai assalamualaikum, malam ini saya mahu menulis entri makanan tradisional, dan ini merupakan entri saya yang kelima...alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan bantuanNya dapat saya meneruskan entri-entri ini. Baiklah, seperti yang diketahui, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum, seperti Melayu, Cina, India dan kaum-kaum minoriti yang lain. Setiap kaum ini bebas mengamalkan budaya masing-masing selagi ianya tidak bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan.

Oleh kerana negara Malaysia memiliki rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, maka tidak hairanlah munculnya pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Sebagai contoh, bagi kaum Melayu, makanan yang terkenal ialah nasi lemak. Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu, ia diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa,bawang merah,halia dan daun pandan. Nasi Lemak juga dikenali sebagai makanan kebangsaan yang boleh dihidangkan di setiap pelosok Malaysia. Makanan ini kebiasaannya mengandungi sambal tumis, ikan bilis goreng,kacang tanah goreng, timun dan telur rebus.

Selain itu, untuk masyarakat Baba dan Nyonya pula, makanan tradisional mereka ialah Asam Laksa. Hidangan ini merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan pedas. Msyarakat Baba dan Nyonya ini merupakan Imigrasi Cina yang datang ke Tanah Melayu dan telah menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehiduan seharian.

Bagi kaum Cina pula, antara makanan tradisional mereka ialah kuih bakul. Kuih ini diperbuat daripada pulut dan kuih ini juga boleh dimakan pada bila-bila masa, namun secara am, makanan ini dimakan ketikan sambutan Tahun Baru Cina. Bagi kepercayaan masyarakat Cina, memakan kuih bakul membawa tuah pada masa perayaan.

Selain itu, makanan murukku. Murukku adalah makanan tradisional kaum India, makanan ringan yang sedap dan rangup ini telah mengambil tempat di hati semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Makanan ini diperbuat dari Tepung Kacang dan Tepung Beras.


Oleh yang demikian sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah berasa bangga kerana di negara kita mempunyai pelbagai kaum dan mempunya pelbagai jenis makanan tradisional yang boleh dihidangkan tidak mengira kaum. Iaanya adalah merupakan anugerah yang terindah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Memasuki Kuliah BBK3410

Isu Semasa