Pengalaman mengambil peperikasaan Sijil Tinggi Agama Malaysia

Bismillah, assalamulaikum....

Agak lama saya tidak update blog ini. Dunia sekarang digemparkan dengan isu Convid-19, oleh itu semua pelajar diarahkan supaya pulang ke rumah masing-masing, makanya susah untuk mendapatkan talian internet.

Untuk entri kali ini saya hendak berkongsi kenapa saya memilih STAM, kenapa bukan matriks,diploma,asasi atau STPM?

Baiklah, pertama sekali... STAM adalah terdiri daripada Sijil Tinggi Agama Malaysia, dan sijil ini merupakan sijil agama yang paling laku di Malaysia. Sijil ini merupakan tiket pelajar Malaysia untuk ke Universiti Al-Azhar di Mesir. Kebiasaannya calon STAM ini hanya sekitar 8000 di Malaysia, makanya saingan untuk pergi ke negara Mesir tidak terlalu tinggi.

Namun, sekiranya pelajar ridak mahu atau tidak berkemampuan untuk pergi ke negara Mesir, mereka masih mampu untuk menyambung pengajian dalam negara kerana sijilnya diiktiraf.

STAM juga merupakan "jalan pantas" untuk mengambil degree. Tempohnya hanyalah 9 bulan sahaja untuk habiskan STAM. Oleh itu, para pelajar dapat menjimatkan masa berbanding dengan diploma yang mengambil masa selama 2-3 tahun untuk membolehkan menyambung degree.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan, beri izin masuknya waktu maghrib, assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Idola

Anak Muda

Makanan Tradisional