Anak Muda
Entri kali ini, adalah nasihat untuk anak muda di luar sana.
" Don't judge a book by it's cover"
kata pepatah ini sering didengari dan diguna pakai oleh semua orang. Namun fahamkah kamu pada penggunaan ayat tersebut? fahamkah makna sebenar yang ingin disampaikan?
Sebagai manusia, janganlah kita terlalu mudah untuk meletakkan atau label atau menghakimi seseorang itu hanya berdasarkan luaran sahaja. Bagi para pelajar,janganlah mudah untuk menilai kawan hanya melalui perwatakan ataupun luaran diri mereka sahaja. Kita tidak tahu masalah apa yang sedang dihadapi oleh mereka dan bagaimana persekitaran diri mereka.
Ingatlah bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan diri. Janganlah kamu terlalu bangga dengan kejayaan diri sendiri dan janganlah pula suka memperlekehkan orang yang sentiasa berada di bawah kamu, hal ini kerana, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas sahaja, kerana kehidupan ini ibarat sebuah roda.
Maka penyelesaiannya ialah "respect each other". Ini adalah kata kunci bagi melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman. Sekiranya semua orang saling menghormati antara satu sama lain, justeru sudah semestinya tidak timbul sebarang masalah yang berkaitan dengan pergaduhan sekaligus dapat melahirkan suasana persekitaran yang lebih produktif. Namun demikian, untuk mendapatkan penghormatan dari orang lain, ingatlah bahawa ianya bermula dengan diri kita dahulu. Andai kita mahu dihormati, kita mestilah menghormati orang lain terlebih dahulu.
Oleh itu, anak-anak muda, sekiranya anda membaca mesej ini, sampaikanlah pesanan ini kepada rakan anda yang lain. Ingatlah, jangan terlalu cepat menilai seseorang berdasarkan luaran, kenali hati budi mereka terlebih dahulu, rapat dengan mereka dahulu dan berikanlah tanda hormat kepada semua orang tidak kira andai mereka lebih muda dari kita, kerana dengan inilah kita dapat melahirkan masyarakat aman. Sekian.
Ulasan
Catat Ulasan