Idola
Saya yakin, setiap daripada kamu mesti mempunyai seorang yang boleh kamu jadikan sebagai seorang idola kamu. Begitu juga dengan saya, idola saya ialah Mohamad Fadzillah Kamsah. Saya memilih beliau sebagai idola kerana kata-katanya yang selalu memberi perangsang kepada segala kebuntuan saya. Oleh itu, in sha Allah, saya akan berkongsi serba sedikit mengenai peribadi menarik beliau.
Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzillah Kamsah merupakan seorang pakar motivasi Malaysia. Beliau lahir pada 16 Julai tahun 1951, di Kampung Sungai Pinang, Klang, Selangor. Pada tahun 1971, beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia dan pada tahun 1993, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat untuk menyediakan perundingan pembangunan motivasi dan keluarga.
Pakar motivasi ini memegang Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Sains Pertanian dengan kepujian kelas pertama daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sains Pertanian Kewartawanan daripada kelulusan Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat.
Antara buku beliau yang amat saya kagumi ialah, "Petua Membantu Anak Berjaya", "Tip Menjadi Pelajar IPT Cemerlang". "Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif", "Strategi Menghadapi Peperiksaan" dan " Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah".
Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan, salam maghrib.

Ulasan
Catat Ulasan