Isu Semasa
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk menulis lagi di halaman blog ini. Untuk entri kali ini, In Sha Allah saya akan menulis bab Isu Transgender,tasyabbuh atau penyerupaan. Masalah ini dilihat semakin hari semakin meluas, seolah-olah perkara ini tidak penting bagi mereka. Oleh itu,saya mengambil keputusan untuk menulis isu ini. Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan isu Sajat yang menunaikan umrah dengan berpakaian telekung. Perlakuan ini seolah-olah ingin mencabar kekuasaan Allah, seolah-olah sekiranya tidak berlaku apa-apa, makanya dia terbukti sebagai seorang wanita walhal jantinanya sudah dimaklumi oleh rakyat Malaysia bahawa dia merupakan seorang lelaki, dan perbuatan ini adalah salah sama sekali kerana boleh menimbulkan kekeliruan pada rakyat Islam. Antara dialog yang saya dengari ialah "eh betullah Si Sifulan itu seorang perempuan, kerana dia tidak ditimpa apa-apa" inilah yang dikatakan boleh menimbulkan kekeliruan, boleh menimbulkan salah sangka. Oleh sebab itu, perlakuannya perlulah ditegah dengan keras!
Oleh itu, kes ini tidak boleh dipandang remeh. Hal ini ditekankan lagi dengan bab hukum. Hukum Transgender,tasyabbuh atau penyerupaan adalah HARAM bahkan adalah salah satu DOSA BESAR, sabda Baginda SAW: Baginda SAW melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Semoga dengan penulisan saya ini, dapat membuka mata kepada rakyat Islam bahawa isu ini adalah isu yang berat...Mudah-mudahan kita semua dilindungi oleh Allah dari musibah-musibah dan dari segala dugaan. In Sha Allah, sekiranya ada kesempatan, saya akan menulis entri seterusnya di lain hari.

Ulasan
Catat Ulasan