Pengalaman Memasuki Kuliah BBK3410
Assalamualaikum, alhamdulillah pada petang yang hening ini, saya diberi kesempatan untuk berkongsi cerita mengenai pengalaman pertama saya memasuki kuliah BBK3410 yakni kelas Penglahiran Bakat Kreatif.
Pertama sekali,sebelum saya menceritakan pengalaman saya, izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama diberi Nur Izzati, saya merupakan pelajar pengambilan jurusan Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia, dan saya merupakan pelajar tahun 2 semester 4, hanya tinggal 2 sem sahaja lagi untuk saya menamatkan ijazah sarjana muda saya. (masa berlalu dengan pantas.
huhuhuhu)
Sudah lali jika namanya seorang mahasiswa, pastinya tidak lari daripada berasa takut,gemuruh atau canggung untuk berhadapan dengan orang, maklum sahaja, ketika kita memasuki suatu lingkungan yang baru, yang kurang lazim dengan kita apatah lagi berdepan dengan orag yang tidak dikenali, sudah semestinya akan menimbulkan perasaan yang sebegitu, begitulah apa yang saya rasakan sewaktu melangkah kaki ke kuliah Penglahiran Bakat Kreatif. Perasaan ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu, dengan tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai puisi,sajak,cerpen dan yang berkaitan dengannya, tetapi perlu memasuki kuliah tersebut.
Kuliah tersebut diteruskan dengan pencerahan mengenai apa itu penglahiran bakat kreatif oleh Dr. Kamariah Kamarudin. Setelah mendengar penerangannya, sedikit sebanyak saya mula ingin berjinak-jinak dalam dunia puisi. Dengan penerangan beliau, saya mula berasa yang dunia puisi ini tidaklah "sebosan" seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang.
Dengan memasuki kelas ini juga, saya sudah tahu cara-cara untuk melahirkan sebuah sajak, dan alhamdulillah dengan izinNya, saya sudah menyiapkan lima buah sajak!!!! (saya sendiri tidak percaya) dan dengan memsuki kelas ini juga, saya berpeluang untuk "menghidupkan" blog saya. (hehehhehe)
Sampai sini sahaja perkongsian penglaman pertama saya memasuki kelas Penglahiran Bakat Kreatif, In Sha Allah, andai diberikan kelapangan masa, saya akan menulis lagi di masa akan datang.

Ulasan
Catat Ulasan