Agama
Entri kali ini saya akan menceritakan "Kepelbagaian Agama Perlu Dihormati"
Umum mengetahui bahawa negara Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang agama dan budaya yang pada asasnya hidup secara aman dan damai. Namun begitu, kadangkala kita berdepan isu sensitif dimana isu ini selalunya menyentuh soal perbezaan kefahaman mengenai sebuah agama yang kesannya boleh menggugat keharmonian perpaduan sebuah negara. Negara yang tidak menghormati kepelbagaian agama dan kebebasan mengamalkan kepercayaan mengikut tradisi masing-masing bakal berdepan dengan konflik. Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata, "Risiko negara yang tidak menghormati kepelbagaian agama berupaya mencetuskan polemik yang berpanjangan dimana ianya mengundang kepada perpecahan dalam kalangan masyarakat. Justeru itu, perkara ini perlu ditangani dan diuruskan dengan sebaik yang mungkin agar terhindar daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Antaranya ialah dialog kurangkan prasangka. Hal ini boleh dilakukan dengan memberi ruang kepada dialog yang sihat supaya dapat dikurangkan prasangka. Perkara ini memerlukan penjelasan dari perspektif keagamaan mengenai prinsip kepelbagaian agama supaya dapat memberi kefahaman yang lebih baik dalam memastikan perpaduan yang harmoni agar dapat memupuk semangat perpaduan serta sikap kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Selain itu, wacana akademik, usaha ini juga dapat meningkatkan interaksi yang positif dalam masyarakat majmuk Malaysia yang membincangkan kefahaman mengenai nilai agama.
Oleh itu, sebagai masyarakat yang bertamadun, tidak sewajarnya membiarkan konflik agama timbul kerana akan memberi kesan kepada masyarakat beragama dan generasi yang akan datang.

Ulasan
Catat Ulasan