Hari Keluarga

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah, dengan izin Allah, pada hari ini saya akan bercerita sedikit mengenai pengalaman saya mengenai Hari Keluarga.

Alhamdulillah, dengan izinNya, Hari Keluarga Haji Baginda dapat diadakan buat kali petama. Program ini telah melibatkan seramai 7 keturunan, yang berjumlah anggaran seramai seribu orang. Hari Keluarga ini telah selamat berlangsung  pada 2012. Untuk program buat pertama kali ini, kami telah berhimpun di padang Sekolah Haji Baginda,Umbai, di mana sekolah ini merupakan tempat sejarah bagi ahli keturunan Haji Baginda. Syukur, walaupun untuk pertama kali, namun segalanya berjalan dengan selamat, teratur dan berlangsung dengan penuh meriah dalam sekaligus dapat membina tali silaturrahim yang indah.

Kami telah dikehendaki untuk berada di padang Sekolah Kebangsaan Haji Baginda pada pukul 8 pagi, pada hari Sabtu. Perjalanan kami hanya mengambil beberapa minit sahaja memandangkan rumah kami berdekatan sahaja. Bagi ahli-ahli keluarga yang jauh, seperti yang berada di negeri-negeri dan negara-negara lain, mereka telah mengambil keputusan untuk menyewa kediaman-kediaman yang berhampiran.

Untuk aktiviti ini, setiap keturunan telah diberikan warna tema baju supaya mudah ubtuk membezakan. Bagi keturunan pertama Haji Baginda, warna tema pakaian mereka ialah warna kuning, untuk keturunan kedua, mereka perlu berpakaian yang bertemakan warna ungu. Keturunan ketiga berpakaian bertemakan warna biru, untuk keturunan keempat, mereka perlu memakai warna oren, bagi keturunan kelima, mereka bertemakan coklat, untuk keturunan keenam, mereka dikehendaki memakai tema warna hijau, dan akhir sekali untuk keturunan yang ketujuh yakni keturunan ahli kerabat keluarga saya, telah bersependapat untuk memakai pakaian yang bertemakan warna merah. Maka terlihatlah terbentanglah pemandangan yang berwarna-warni di padang tersebut.

Pelbagai aktiviti sukan telah diadakan untuk memeriahkan Hari Keluarga tersebut. Sebagai contoh, pertandingan bola jaring di atas kerusi, bowling bola kelapa, cap teh, pertandingan masak bagi para ibu dan banyak lagi. Pada sebelah petang, kami dikendaki untuk pulang ke kediaman masing-masing untuk mempersiapkan diri untuk aktiviti yang diadakan pada waktu malam yang bertempat di sebuah chalet. Kami dikehendaki untuk berkumpul di chalet selepas maghrib. Aktiviti pada yang telah dijalankan pada waktu malam ialah, bbq.

Sampai di sini sahaja yang mampu saya coretkan disebabkan ada beberapa perkara yang perlu saya dahulukan. Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Idola

Anak Muda

Makanan Tradisional