Hiburan Masa Kini
Secara umumnya, definisi hiburan masa kini merangkumi skop yang luas, dalam menelusuri arus globalisasi, pelbagai jenis hiburan yang telah dicipta. Jika zaman dahulu, hiburan mereka lebih fokus kepada selebriti bidang lakonan dan nyanyian namun pada zaman sekarang, situasi tersebut telah berubah. Misalnya para atlet sukan sendiri telah dijolok dengan jolokan selebriti sukan. Ini menunjukkan bahawa semua yang mempunya pengaruh kepada masyarakat diangkat menjadi idola. Namun masyarakat lebih cenderung kepada hiburan yang fokus kepada alunan suara. Oleh itu, tujuan saya menulis ini adalah untuk mengupas dengan lebih terperinci yang berlandaskan dengan agama.
Umum mengetahui, sebagai saudara islam, sudah pasti mengetahui bahawa agama islam itu mempunyai garis-garis panduan yang tertentu agar dapat dipraktikkan. Maka sudah semestinya agama islam turut meletakkan garis panduan dalam dunia hiburan. Asasnya hiburan itu dibolehkan selagi mana ianya tidak menyebabkan kelalaian daripada melakukan kewajipan sebagai seorang islam.
Namun demikian, hiburan itu sendiri perlu diberi perhatian, ini kerana terdapat unsur-unsur lirik di mana lagu tersebut menggalakkan kepada pergaulan bebas antara wanita dan lelaki, sedangkan ini jelas bertentangan dengan hukum islam.
Oleh itu, cara yang mudah dan efektif untuk hiburan adalah dengan mendengar alunan ayat suci al-quran. Di dalamnya terkandung seribu makna yang boleh memberi pedoman yang berharga bahkan membolehkan pembacanya mendapat pahala. Selain itu, islam juga mengharuskan nasyid-nasyid islamik yang dapat menyemarakkan semangat para mujahidin yang turun ke medan perjaungan. Namun peredaran masa telah mengubah elemen-elemen nasyid supaya dapat menarik masyarakat meminati nasyid.
Kesimpulannya, budaya berhibur secara melampau ini dapat dibendung daripada terus menjadi virus perosak yang mematikan di dalam masyarakat sama ada secara sedar atau tidak sedar, supaya dapat memastikan keseimbangan antara keperluan duniawi dan ukhrawi dapat dipenuhi dengan sebaiknya.
Sekian dari saya bunga jejarum, assalamualaikum.
Ulasan
Catat Ulasan