Pakaian Tradisional
Untuk entri kali ni, saya mahu menulis mengenai pakaian tradisional.
Sebelum ini, saya ada menulis mengenai makanan tradisional, dan saya telah menyentuh isu pelbagai kaum yang terdapat di negara Malaysia ini. Dengan wujudnya pelbagai kaum tersebut merupakan faktor wujudnya pelbagai makanan tradisional. Justeru itu, hal ini sama dengan pakaian tradisional. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional sendiri yang melambangkan keperibadian kaum masing-masing.
Antara pakaian tradisional bagi kaum Melayu ialah, baju kurung untuk kaum wanita manakala untuk kaum lelaki, pakaian mereka ialah baju melayu. Baju kurung ialah sejenis kain yang longgar dan labuhnya melebihi paras lutut dan dipadankan dengan kain lipatan tepi. Mereka juga boleh memadankan dengan kain songket ataupun batik. Kebiasaannya pakaian ini dilengkapkan lagi dengan pemakaian tudung ataupun selendang. Untuk baju melayu pula, pakaian ini berbentuk kemeja dan dipadankan dengan seluar. Ia juga disertakan dengan sampin yang dililit pada pinggang mereka. Pakaian ini biasa dipakai pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Selain itu, kaum Cina pula, pakaian tradisional mereka ialah cheongsam. Cheongsam merupakan pakaian yang selesa dan elegan bagi seorang wanita. Pakaian ini diperbuat daripada sejenis kain yang berbaju panjang, mempunyai kolar yang tinggi, dan terdapat belahan pada kedua- dua belah sisinya. Cheongsam ini sering dipakai seperti majlis perkahwinan dan Tahun Baru Cina. Untuk bagi kaum lelaki pula, mereka berpakaian baju yang longgar dan seluar yang diperbuat daripada kain lembut misalnya kain sutera, pakaian ini dipanggil Samfoo.
Untuk masyarakat India pula, sari. Sari merupakan pakaian yang tradisional yang terkenal di seluruh dunia. Sehelai kain biasanya cecah 5 hingga 6 ela lebarnya. Sari ini kebiasaannya dipakai dengan anak baju yang serupa warnanya ataupun yang bertentangan. Cara pemakaiannya ialah dibalut pada badan "pallau". Bahagian yang bercorak diletakkan pada bahu belah kiri. Manakala anak baju dipakai hanya di atas atau bawah perut dan berfungsi sebagai pakaian sokongan untuk memegang sari. Pakaian untuk kaum lelaki India pula ialah kurta. Pakaian ini merupakan pakaian untuk majlis formal. Ia adalah merupakan baju yang panjang paras lutut yang biasanya dibuat daripada kain kapas dan dipadankan dengan seluar.
Seperti yang diketahui, terdapat banyak kaum yang terdapat di Malaysia dan yang paling utama ialah Melayu, Cina dan India , Oleh itu, dalam penulisan saya, saya hanya menyentuh tiga kaum utama ini disebabkan kesuntukan masa, makanya saya tidak menyentuh pakaian misalnya dari orang asli, Sabah dan Sarawak, mungkin anda boleh google untuk melihat dengan lebih jelas lagi pakaian-pakaian tersebut. Sekian dari saya.

Ulasan
Catat Ulasan