Seni dan Budaya
Assalamualaikum, alhamdulillah setelah sekian lama tidak menulis, petang ini saya berkesempatan untuk menulis serba sedikit mengenai seni dan budaya. Pejam celik, pejam celik masa berlalu,tidak sedar bahawa saya sudah menulis sebanyak tujuh entri.
Apa itu seni dan budaya?
Menurut Kamus Dewan, seni dedifinisikan sebagai karya, yakni sajak,lukisan,musik,tarian dan banyak lagi. Seni ini tercipta daripada bakat ataupun kecekapan seseorang. Manakala bagi perkataan kesenian pula, ia bermaksud keindahan ataupun kehalusan.
Kesenian dan masayarakat Melayu tidak dapat dipisahkan, kesenian merupakan tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Ia merupakan sebuah identiti yang menyerlahkan dan memperkenalkan masyarakat Melayu di persada dunia.
Salah satu contoh yang dapat saya berikan bagi kesenian ialah, Seni Suara. Seni ini terbahagi kepada dua iaitu seni vokal tanpa musik dan seni vokal yang digabungkan dengan musik. Contoh seni vokal tanpa musik dalam masyarakat Melayu ialah, Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak. Endoi atau dendang Siti Fatimah ini terkenal di negeri Perak, Selangor dan negeri Sembilan manakal bagi ulit anak terkenal di negeri Terengganu. Kebiasaannya dilagukan dalam upacara berbentuk keagamaan seperti menyambut kelahiran anak dan majlis cukur kepala.
Bagi contoh seni vokal yang digabungkan dengan musik ialah dikir barat. Dikir barat ini nyanyian yang popular di negeri Kelantan yang dinyanyikan sambil diiringi dengan pukulan rebana.
Untuk kategori budaya Melayu, permainan rakyat yakni permainan masa lapang, berfungsi sebagai hiburan dalam aktiviti sosial. Permainan ini turut terbahagi kepada dua, iaitu permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak. Contoh bagi permainan kategori orang dewasa ialah, wau,gasing,sepak raga sabung ayam dan banyak lagi. Untuk permainan bagi kategori kanak-kanak pula ialah guli, galah panjang,sembunyi-sembunyi dan lain-lain.
Bagi permainan gasing, permainan ini boleh dimainkan secara tiga peringkat iaitu, permainan untuk bersuka-ria, permainan untuk pertandingan dan permainan utuk pertunjukkan. Manakala bagi permainan guli, permainan ini ialah dari sejenis bola kecil yang kebiasaannya diperbuat daripada kaca atau tanah liat. Permainnan ini melibatkan lontaran yang tepat pada sasarannya.
Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan,semoga bertemu kembali.

Ulasan
Catat Ulasan